Quantcast
Channel: Norazizah
Viewing all 550 articles
Browse latest View live

Makanan dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan caesarean

$
0
0
Salam, menu berpantang selepas pembedahan caesarean ni lain sikit :)


Makanan dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan caesarean
Makanan dalam pantang selepas bersalin secara pembedahan caesarean



Menu pagi : Milo, oat, roti, kurma
Menu tengah hari : Air kosong, nasi putih, sawi rebus, ikan bakar.
Menu petang : Milo, oat, roti, kurma.
Menu malam : Air kosong, nasi putih, sawi rebus, ikan bakar.
Menu lapar tengah malam : Milo, kurma.


hehe, ini lah menu nor sepanjang berpantang. :).

Kebaikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan

$
0
0
Salam, nor turut merasai pengalaman ini untuk anak yang pertama.  Sebaik sahaja baby dilahirkan, baby dibersihkan dan nor meminta untuk melihat dan memegang baby (baby tanpa diselimuti apa-apa).  Nor sempat menyentuh dan memeluk baby untuk beberapa minit.  Jururawat bertanya kepada nor, apa jantina bayi?  Nor jawab : bayi perempuan :). 
Kebaikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan
Kebaikan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan

Terdapat beberapa kebaikan jika sentuhan kulit ke kulit boleh dibuat sebaik sahaja bayi dilahirkan antaranya :

1. Bayi akan mendapat suhu yang hangat kerana kulit ibu bersuhu hangat.
2. Bayi kurang menangis.
3. Bayi berpeluang menyusu pada jam pertamanya (bagi yang dah ada susu).
4. Bayi lebih gembira.
5. Bayi pra matang yang tiada masalah pernafasan akan lebih stabil.
6. Bayi belajar menyusu dengan cepat.
7. Kesakitan ibu akan berkurangan bila dapat menyentuh bayi.
8. Bayi mempunyai suhu badan yang normal.
9. Bayi bakal menyusu eklusif lebih lama.
10. Degupan jantung dan tekanan darah bayi lebih stabil.
11. Bayi dapat bernafas dengan normal.
12. Bayi dapat mendengar degup jantung ibu.


Kepada bakal menimang cahaya mata, anda juga berpeluang merasi pengalaman sentuhan kulit ke kulit.  Suarakan keinginan anda kepada doktor atau sesiapa sahaja yang menyambut kelahiran bayi anda.  Sentuhan pertama yang amat bermakna :).

Sumber :
http://www.naturalchild.org/guest/jack_newman2.html
http://pregnancy.about.com/od/caringforyourbaby/a/6-Reasons-To-Be-Skin-To-Skin-With-Baby-After-Birth.htm

10 Kelebihan bunga mawar

$
0
0
Salam :) bunga mawar ni sinonim dengan wanita.  Banyak kelebihan bunga mawar.  Di sini nor kongsi 10 kelebihan bunga mawar.


10 Kelebihan bunga mawar
10 Kelebihan bunga mawar

10 KELEBIHAN BUNGA MAWAR


1. Bunga mawar mampu menyerap gelombang infrared.

2. Bunga mawar antara tumbuhan yang terkenal dalam proses penghasilan minyak wangi. 

3. Bunga mawar pernah digunakan dalam perubatan Cina, untuk merawat masalah sakit perut.

4. Batang pokok mawar mengandungi vitamin C.

5. Bunga mawar mampu memperlahankan pertumbuhan kanser.

6. Bunga mawar boleh digunakan sebagai bahan pewarna.

7. Bunga mawar boleh dijadikan bahan perasa ke dalam minuman.

8. Bunga mawar dicampur kedalam minuman herba yang pahit, untuk mengimbangi rasa pahit herba tersebut.

9. Di timur tengah, bunga mawar ditambah kedalam makanan seperti Naugat, Gumdrops, raahat dan baklava.

10. Bunga mawar dikaitkan dengan kelembutan dan santun. Kebanyakan pelukis dan orang seni, menggunakan bunga mawar sebagai motif perlambangan keindahan dan kelembutan.

Banyakkan kelebihan bunga mawar.  Biasanya bila berkaitan dengan mawar memang wangi :)  <3

Minyak wangi bunga mawar
Minyak wangi bunga mawar



Sumber: http://www.kasturiemas.com/alam-semulajadi-dan-manusia/

Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang

$
0
0
Salam, kali ini nor nak berkongsi pengalaman nor mengandungkan bayi songsang. 
Kedudukan bayi songsang disedari bila kandungan memasuki 36 minggu.  Kedudukan songsang kepala di atas dan kaki rapat di bawah. Dapat rasa kepala baby di bahagian atas perut.  Melalui pembacaan dan pengalaman ibu-ibu yang pernah mengandung sebelum ini, terdapat beberapa persediaan diperlukan untuk ibu mengandung.
Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang
Apa yang perlu dibuat bila mengetahui bayi songsang

1. Berkemungkinan besar bayi yang bakal dilahirkan menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

2. Lakukan senaman yang boleh menukar kedudukan bayi songsang ke kedudukan normal secara semula jadi. (Digalakkan bersujud lama bagi yang islam)

3. Kemas rumah awal-awal sebab selepas pembedahan dijangkakan proses sembuh mengambil masa yang agak lama.

4. Jika ada anak yang lain, bersedialah untuk menerima pertolongan orang lain untuk menguruskan anak yang lain.  Tumpukan kepada anak yang baru lahir. 

5. Proses sembuh mungkin lebih lama, sama ada melahir secara bedah atau secara normal.  Kelahiran secara normal untuk bayi songsang akan menyebabkan koyak yang lebih besar di bahagian vagina.

6. Bersalin secara berjadual lebih kurang risiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan telah dibuat awal.  Tetapi berkemungkinan bayi belum cukup matang bila dilahirkan.

7. Bersalin sehingga nampak tanda-tanda bersalin seperti kontraksi yang kerap atau pecah ketuban.  Berisiko kepada ibu dan bayi kerana persediaan kecemasan terpaksa dibuat, tetapi pada masa ini bayi turut merasa proses bersalin secara semulajadi.

8. Selalu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan agar kelahiran berjalan dengan lancar.

9. Bersedia juga berkemungkinan bayi akan bertukar ke kedudukan normal di saat-saat akhir hendak bersalin.  Pada masa ini, pilihan bersalin normal adalah yang terbaik jika tiada risiko lain.

Ada yang menggunakan kaedah komunikasi dengan bayi untuk menukar kedudukan bayi.  Bagi nor sendiri, antara yang nor selalu katakan pada baby nor 'beradalah pada kedudukan yang baby paling selesa, semoga kelahiran baby nanti berjalan lancar, tidak menyakitkan baby dan ummi'.


Semoga kelahiran semua bakal ibu yang membaca artikel ini berjalan dengan lancar :)

Perut kecil vs perut besar semasa hamil

$
0
0
Perut kecil vs perut besar semasa hamil
Perut kecil vs perut besar semasa hamil
Salam, semasa mengandung macam-macam saiz perut si ibu. Bagi nor sendiri, semasa kandungan pertama saiz perut agak kecil. Kandungan ke dua, saiz perut nampak agak besar. Masing-masing ada hikmahnya. Yang penting bayi dan ibu sihat. Di bawah ni pengalaman nor semasa mengandung, perut kecil (si kecil) vs perut besar (si besar).

1. Si kecil masih boleh bergaya macam sebelum mengandung.
Si besar boleh bergaya dengan baju ibu mengandung.

2. Si kecil bebas bergerak ke sana sini.
Si besar hati-hati mengatur langkah, tapi ada yang sudi bagi tempat duduk kat LRT.

3. Si kecil kulit perut nampak cantik lagi.
Si besar kulit perut sudah ada tanda.

4. Si kecil mudahnya kembali ke bentuk tubuh asal selepas bersalin.
Si besar jom pergi gym dulu.

5. Si kecil tak dapat air percuma dari klinik semasa mengandung.
Si besar dapat air percuma, air glukos dari klinik semasa mengandung.

7 Mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran

$
0
0
 Salam, kali ni nak kongsi mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran.

7 Mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran
7 Mutiara kata untuk ibu mengandung dalam Al-Quran
  1. ... dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; Al-Hajj 22:5
  2. ... ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) : Luqman 31:14
  3. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). : Luqman 31:34
  4. ... dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah. Fussilat 41:47
  5. ... ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. : Al-Ahqaf 46:15
  6. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur". : Al-A'raaf 7:189
  7. Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. : Az-Zumar 39:6



Sumber : http://www.surah.my/

Petua cepat bersalin

$
0
0
Salam, nak tahu petua cepat bersalin?  Ada kajian yang telah dibuat mengenai cara cepat bersalin.

Petua cepat bersalin
Petua cepat bersalin
Kajian ini dibuat di Ohio State Medical Center oleh Jonathan Schaffir professor of obstetrics and gynecology at Ohio State University. 

Kajian ini dilakukan kepada wanita yang telah bersalin, melahirkan bayi yang sihat dan tidak memerlukan penjagaan intensif daripada pihak hospital.

Menurut kajian, 102 daripada 201 wanita mengandung menggunakan kaedah tertentu untuk mendorong proses bersalin.

Kaedah yang digunakan oleh 102 wanita yang berjaya mendorong proses bersalin :
  1. 87 orang menggunakan kaedah berjalan
  2. 46 mengadakan hubungan kelamin
  3. 22 makan makanan pedas
  4. 15 orang membuat stimulasi puting buah dada
  5. 4 membuat senaman
  6. 5 makan julap
  7. 2 menerima akupuntur
  8. 1 masturbasi
  9. 1 mengambil herba

Ciri-ciri wanita yang mencuba kaedah ini :
  1. wanita muda purata umur 27.3 tahun
  2. anak pertama
  3. telah mengandung melebihi 39 minggu. 

Sumber maklumat mengenai kaedah yang digunakan untuk mendorong proses bersalin :
  1. 41 dari keluarga
  2. 37 dari rakan
  3. 26 dari doktor
  4. 11 dari internet
  5. 6 dari jururawat
  6. 9 dari sumber lain.
Hanya 46 orang wanita yang membincangkan kaedah yang digunakan dengan doktor.

Menurut Schaffir, antara kaedah yang digunakan untuk mendorong proses bersalin ialah :
  1. Berjalan
  2. Senaman
  3. Hubungan Kelamin - Mendorong ke arah kontraksi rahim
  4. Stimulasi puting buah dada - Mengeluarkan hormon oksitoksin yang boleh menyebabkan kontraksi rahim
  5. Masturbasi
  6. Makan julap - Mewujudkan aktiviti kepada usus dan menyebabkan uterus bertindak balas
  7. Penggunaan enema
  8. Makan makanan pedas - Mewujudkan aktiviti kepada usus dan menyebabkan uterus bertindak balas
  9. Penggunaan herba
  10. Akupuntur
  11. Menahan lapar - Menyebabkan bayi ingin keluar kerana ingin mencari makanan

Sumber : http://www.sciencedaily.com/releases/2011/06/110616113016.htm

Menentukan tarikh kelahiran bayi pada tarikh-tarikh tertentu

$
0
0
Salam, kali ni nor ingin berkongsi berkenaan tarikh kelahiran bayi.  Pada masa kini terdapat pelbagai kaedah selamat digunakan agar bayi dapat dilahirkan pada tarikh tertentu.  Ada beberapa kaedah yang nor ketahui, ada kaedah paksaan ada kaedah semulajadi :).

Menentukan tarikh kelahiran bayi pada tarikh-tarikh tertentu
Menentukan tarikh kelahiran bayi pada tarikh-tarikh tertentu

Kaedah paksaan mungkin kita akan dapat tarikh kelahiran yang diinginkan, kaedah semulajadi segala kemungkinan boleh terjadi, mungkin akan dapat tarikh yang diinginkan atau tidak. 

Apa kaedahnya?  Bayi dikatakan cukup matang selepas melepasi 38 minggu dalam kandungan.  Hanya tarikh selepas 38 minggu boleh digunakan.  Apapun kaedahnya, pastikan ibu-ibu mengandung yang ingin tarikh kelahiran tertentu dapatkan nasihat doktor.

Antara kaedahnya ialah :

1.  Pembedahan
Kebiasaannya pembedahan dilakukan kepada kandungan yang tidak boleh dilahirkan secara normal. Ini antara kaedah paksaan :).

2. Induce Of Labour (IOL)
Nor pernah melahirkan menggunakan cara ini disebabkan kandungan telah melebihi tarikh jangkaan kelahiran + 10 hari.  Kaedah ini memaksa kontraksi berlaku.  Kebetulan pula, tarikh dan hari memang cantik :). 

3. Hypnosis pada diri sendiri
Kaedah ini lebih kepada berkata kepada diri sendiri.  Setelah memilih tarikh, setiap hari selalu katakan kepada diri sendiri ingin lahirkan pada tarikh tersebut.  Katakan juga kepada orang lain.  Sehari sebelum tarikh yang dijangkakan, lakukan banyak aktiviti seperti menyapu rumah, jalan-jalan shopping, siram pokok bunga, tanam pokok bunga, hubungan intim bersama suami, hehe tiada rehat pada hari tersebut.  Ada juga yang bersenam, melompat-lompat menggunakan bola gym, ops yang ni memang kena minta nasihat doktor.  Segala aktiviti ini dilakukan untuk mempercepatkan kontraksi seterusnya proses bersalin berlaku.

4. Doa
Niat dah, usaha dah dan berdoalah agar dapat tarikh yang diinginkan.  Doa ibu itu lebih makbul untuk anaknya. 

Dengan teknologi dan pelbagai pengetahuan yang kita perolehi tanpa sempadan pada hari ini, penentuan tarikh kelahiran boleh dilakukan.  Banyak faktor yang menyebabkan penentuan tarikh berlaku seperti keinginan tarikh yang cantik, ingin ahli keluarga tertentu terutamanya suami berada di sisi ketika proses bersalin itu berlaku atau inginkan keselesaan semasa bersalin kerana boleh 'booking' awal bilik tertentu :).  Semuanya perlukan usaha.

Cara kurangkan demam kuning

$
0
0
Pada masa sekarang, kebanyakan bayi akan mengalami demam kuning selepas dilahirkan.  Amat jarang menjumpai bayi yang tidak terkena demam ini.  Nor pernah berjumpa dengan seorang ibu di klinik, dan anaknya tidak pernah dijangkiti demam kuning.  Ibu ini pun nor tengok sentiasa ceria :).  Menurutnya, semasa mengandung dia suka makan kubis.  Ulam kubis putih.  Ermmm... tak pernah nor cuba.  Tapi kadang-kadang ada juga makan ulam kubis.
Cara kurangkan demam kuning
Cara kurangkan demam kuning

Terdapat juga cara lain untuk mengurangkan demam kuning kepada bayi yang baru dilahirkan.  Bagi ibu-ibu mengandung bolehlah bersedia awal agar bayi yang dilahirkan selamat dan sihat. 

Cara mengurangkan demam kuning kepada bayi baru lahir semasa ibu mengandung :

  1. Jaga kesihatan semasa mengandung terutamanya apabila telah masuk trimester ke-3.  Dapatkan rehat yang cukup, amalkan pemakanan yang baik dan makan pil yang diberi oleh doktor.  Kelahiran bayi pra matang antara faktor berlakunya demam kuning.
  2. Elak menggunakan ubat untuk bersalin.  Cuba bersalin secara semula jadi.  Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.  Penggunaan ubat semasa bersalin antara faktor penyebab demam kuning. 
  3. Bersedia secara fizikal dan mental semasa mengandung untuk menyusukan bayi sebaik sahaja bayi dilahirkan. Persediaan awal akan menyebabkan air susu akan lebih cepat dikeluarkan selepas bayi dilahirkan.  Demam kuning akan berkurangan jika bayi selalu menyusu dan membuang najis serta air kencing.  Bilirubin iaitu penyebab demam kuning akan dikeluarkan melalui najis dan air kencing bayi.  (Dikatakan 98%  akan dikeluarkan melalui najis bayi dan 2% melalui air kencing).
  4. Minum air kelapa asli tanpa apa-apa campuran bahan lain bagi ibu mengandung.  Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.  Seterusnya menghasilkan air susu yang baik untuk bayi yang bakal dilahirkan.  Bayi yang terkena demam kuning digalakkan untuk minum susu ibu.
  5. Kurangkan pengambilan halia  semasa masa bersalin sudah hampir tiba (dalam trimester ke tiga) dan juga selepas bersalin.  Halia merupakan sejenis herba dan boleh menyebabkan bacaan demam kuning meningkat.
Sumber :
http://www.livestrong.com/article/227559-how-to-prevent-newborn-jaundice-prenatally/
http://www.baiboo.com.my/expert-blog/chinese-confinement/
http://www.babycenter.in/baby/health/jaundice/
http://www.americanpregnancy.org/firstyearoflife/breastfeedingandjaundice.htm
http://www.ehow.com/way_5530325_foods-prevent-jaundice.html

Jantina bayi lelaki dan perempuan mengikut teori Ibnu Sina

$
0
0
Salam, kali ni nor ingin berkongsi pendapat Ibnu Sina mengenai jantina anak lelaki atau perempuan. 

Info ini nor perolehi dari buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi B. Abdullah.  Buku ini banyak menerangkan mengenai ciri-ciri anak lelaki berbanding perempuan.  Ibnu Sina merupakan pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.  Pendapatnya mungkin lebih dipengaruhi dengan masyarakat timur tengah. 

Penyebab jantina lelaki : 

1. Berpunca daripada air mani lelaki.
2. Jumlah air mani yang banyak.
3. Pengaliran air mani dari sebelah kanan.
- Air mani di sebelah kanan lebih panas 
4. Air mani yang berpunca daripada buah pinggang sebelah kanan
5. Mudah berlaku jika daripada air mani lelaki yang muda, bukan remaja atau tua.
6. Air mani datang dari sebelah kanan lelaki dan menuju ke arah sebelah kanan wanita.

Penyebab jantina perempuan : 

1. Air mani sebelah kiri lelaki menuju ke sebelah kiri wanita.

Tanda-tanda anak lelaki : 

1. Darah wanita yang mengandung anak lelaki lebih panas berbanding mengandung anak perempuan.
2. Mempunyai warna kulit yang lebih elok.
3. Lebih banyak pergerakan.
4. Keadaan kulit yang lebih bersih.
5. Nafsu makan yang lebih betul.
6. Gejala tubuh yang lebih terkawal.
7. Terasa berat di bahagian kanan tubuh.
8. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan.
9. Perubahan warna puting susu payudara berlaku dari sebelah kanan.
- Air susu akan mula keluar dari sebelah kanan.
- Air susu tersebut bersifat tebal dan lekit.
10. Air susu seperti raksa (merkuri) jika dititis di atas cermin dan dipancarkan ke arah matahari.
11.  Puting susu akan membesar kemerah-merahan.
12. Salur-salur darah pada kaki ibu mengandung berwarna merah, bukannya hitam.
13. Denyutan nadi pada kaki kanan ibu mengandung berkeadaan lebih kuat dan penuh (dengan darah).
14. Wanita mengandung akan memulakan pergerakannya dengan kaki kanan terlebih dahulu.
15. Ketika bangun, wanita mengandung bergantung kepada tangan kanannya.
16. Pergerakan mata kanan wanita mengandung lebih ringan dan cepat.
17. Janin lelaki akan mula bergerak selepas tiga bulan.
18. Air liur wanita mengandung menjadi manis.
19. Nifas selama 25 hingga 30 hari.

Tanda-tanda anak perempuan : 

1. Janin perempuan akan mula bergerak selepas empat bulan.
2. Air liur wanita mengandung menjadi pahit.
3. Nifas selama 35 hingga 40 hari.

Sumber : 
Buku 'Petua-petua Ibnu Sina untuk kaum wanita' oleh Dr. Mohd Hilmi b. Abdullah.
http://papisma.org/index/?p=153
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Ali_Al-Hussain_Ibn_Abdallah_Ibn_Sina

Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)

$
0
0
Salam, mengandung kali ini nor suka makan oat untuk sarapan pagi.  Oat yang dimasak.  Oat antara makanan yang berkhasiat untuk wanita mengandung.

Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)
Khasiat oat untuk ibu mengandung (hamil)


Antara khasiatnya : 

1. Sumber zat besi :
zat besi baik untuk pembentukan darah semasa mengandung.

2. Sumber asid folik :
Pengambilan asid folik di awal kehamilan boleh mencegah kecacatan pada bayi.

3. Mencegah masalah sembelit dan buasir :
Masalah sembelit sering dialami oleh ibu mengandung, pengambilan oat dapat melancarkan sitem penghadaman dan seterusnya mengurangkan/mengatasi masalah  sembelit.

4. Mengawal berat badan :
ibu mengandung yang mengalami masalah berat badan semasa mengandung oat baik untuk diamalkan kerana oat juga dapat mengurangkan berat badan.


Sumber :
http://www.livestrong.com/article/552809-oatmeal-for-pregnancy/
http://www.whattoexpect.com/pregnancy/eating-well/week-11/big-nutrition-small-packages.aspx
http://www.justmommies.com/articles/managing-gestational-diabetes.shtml

Panduan tidur untuk wanita mengandung

$
0
0

Salam, pada kandungan nor trimester ke-3,  nor perasan bila baring telentang agak lama selepas bangun rasa sakit bahagian belakang.  Pada masa tu posisi yang paling selesa ialah tidur mengiring.  Kadang-kadang ke kanan atau ke kiri.  Bagi yang mengandung sekarang dan mengalami masalah sukar tidur boleh amalkan panduan di bawah.  Semoga ibu dan bayi dalam kandungan berasa selesa sepanjang kandungan :)

Panduan tidur untuk wanita mengandung
Panduan tidur untuk wanita mengandung
  1. Pada trimester ke 3, tidur mengiring ke kiri atau ke kanan agar darah mengalir dengan baik kepada bayi, uterus dan buah pinggang.  Elakkan tidur telentang dalam masa yang lama.
  2. Minum banyak air di siang hari, tetapi kurangkan apabila memasuki malam hari.  Ini untuk mengurangkan si ibu selalu ke bilik air di malam hari.
  3. Untuk mengelakkan pedih ulu hati, elakkan makan dengan banyak makanan pedas, berasid (seperti makanan bersumberkan tomato) atau makanan goreng.  Jika pedih ulu hati merupakan penyebab, tidur dengan meninggikan bahagian kepala dengan bantal.
  4. Selalu bersenam untuk mengekalkan kesihatan, melancarkan kadar peredaran darah dan mengurangkan kekejangan kaki.
  5. Kerap mengambil makanan ringan seperti roti crackers pada siang hari untuk mengelak dari rasa loya.
  6. Tilam dan bantal khas untuk ibu mengandung turut membantu anda untuk tidur dengan lebih baik atau gunakan bantal yang biasa digunakan untuk menyokong badan semasa tidur.
  7. Tidur sekejap di siang hari turut membantu agar tidur nyenyak di malam hari.
  8. Belajar berehat dengan menggunakan teknik pernafasan, turut membantu apabila kontraksi berlaku bermula.  Mandi air suam panas sebelum tidur turut membantu.
  9. Sila beritahu doktor jika anda mengalami masalah tidur.
  10. Jika anda tidak dapat tidur, jangan paksa diri untuk tidur.  Bangun dan buat aktiviti lain seperti membaca buku, melayari internet :), mengait, menulis atau mandi air suam. 
Sumber : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/masalah-hamil/139-sukar-tidur-semasa-hamil.html
http://drzubaidi.com/blog/?p=2115
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-360991.html


Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung

$
0
0
Salam, bagi nor semasa mengandung posisi yang paling selesa ialah tidur mengiring.    
Tidur mengiring sama ada mengiring ke kiri atau kanan.  Antara kebaikan tidur mengiring bagi wanita mengandung ialah :
  1. Bayi mendapat oksigen dan nutrien yang maksima dari plasenta
  2. Mengurangkan pembengkakan kaki, pergelangan kaki dan tangan.
  3. Mengiring ke sebelah kanan mengikut sunnah rasulullah.
  4. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah.
  5. Risiko bayi yang mati dalam kandungan rendah.
Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung
Kebaikan tidur mengiring untuk wanita mengandung


Sumber : 
http://drzubaidi.com/blog/?p=2115
http://pregnancyfbfanpage.blogspot.com/2011/06/sleeping-positions-during-pregnancy.html 


Pergerakan bayi dalam kandungan

$
0
0

Salam, kali ni nak share pengalaman nor mengenai pergerakan bayi dalam kandungan.

Pergerakan bayi dalam kandungan mungkin dirasai oleh wanita hamil seawal trimester pertama atau minggu-minggu akhir kehamilan.  Ada yang bergerak aktif, sehinggakan anda terpaksa berehat kerana rasa senak pada perut disebabkan pergerakannya. Dan ada yang kurang pergerakan, bila kita cuit tempat-tempat tertentu baru si bayi bergerak. 

Pergerakan bayi dalam kandungan
Pergerakan bayi dalam kandungan

Kebiasaannya bila bayi telah mula bergerak, si ibu akan merasa seperti ada pergerakan angin dalam perut.  Kadang-kadang boleh keliru sama ada angin atau bayi yang bergerak.  Mungkin ibu akan merasainya seawal bulan ke-4.  Pada masa ini ruang untuk bayi masih lagi luas. Pada akhir kehamilan, ruang menjadi semakin sempit membuatkan tempat pergerakannya terhad.

Bagi nor pula, pada kehamilan pertama pergerakan bayi seperti angin dapat nor rasa pada bulan ke-6.  Masa tu memang ingat angin bergerak dalam perut.  Pada akhir kehamilan, bayi akan bergerak bila nor cuit :).

Untuk kehamilan ke dua, nor perasan pergerakan bayi pada bulan ke-6 juga.  Tetapi bukan sekadar angin, memang terasa pergerakan dan kadang-kadang nampak seperti perut senget sebelah :).  Nampak pergerakan pada perut, disebabkan pergerakan bayi yang kerap nor kadang-kadang berasa senak pada perut.  Kadang-kadang perut mengeras. 

Setiap bayi berbeza, tetapi jika si ibu perasan pergerakan memang tiada pada akhir kehamilan iaitu pada bulan ke-8 ke atas, jumpalah doktor untuk memeriksa keadaan bayi.  Jika masih peringkat awal, bagi nor perjumpaan rutin setiap bulan sudah mencukupi untuk memeriksa keadaan bayi.


Sumber : http://pama.karangkraf.com/mama/kenali-corak-pergerakan-bayi-1.10960

Anemia semasa mengandung

$
0
0
Salam, anemia salah satu masalah yang dihadapi oleh ibu hamil.  Masalah ini turut nor alami untuk kandungan pertama, ke dua dan ketiaga.  Menurut ibu nor, dia turut mengalaminya untuk ke semua anak-anaknya semasa mengandung.
Anemia semasa mengandung
Anemia semasa mengandung

Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana paras sel darah merah [hemoglobin] ibu kurang daripada 11gm%. 

Punca anemia :

1. kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12, 
2. jangkitan cacing
3. penyakit malaria
4. masalah perubatan seperti thalasemia dan leukimia
5. pendarahan berlebihan akibat buasir dan haid
6. kerap mengandung [kurang dari 2 tahun], kehamilan kembar, kerap keguguran

Tanda-tanda anemia :

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.


Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5.  Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama.  Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7.  Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8.  Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.



Pengambilan Hematinik

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.

2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.

4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam.  Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.

5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.


Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang

Perut mengeras semasa mengandung

$
0
0
Salam, pernah rasa perut mengeras semasa mengandung?  Nor pun pernah :)

Kenapa yer perut mengeras?  Mungkin baby sedang meregangkan badan dalam perut :), buat senaman.

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi


Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan


Tanda-tanda bersalin

$
0
0
Salam, selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

Tanda-tanda bersalin
Tanda-tanda bersalin


1. Kontraksi Rahim

- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.


2. Sakit Belakang

- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.


3. Pecah ketuban

- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.


4. Lendir pekat bercampur darah

- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).


5. Serviks terbuka

- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.


6. Kerap terkentut

- Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)


7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar

- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...


8. Kerap terkencing

- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.


9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.

- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera :).


10. Berat badan berkurangan

- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.



Barang persediaan sebelum bersalin di hospital

$
0
0
Salam, selepas memasuki minggu-minggu terakhir kehamilan, tentunya pelbagai jenis barangan yang ingin disediakan di dalam fikiran dan salah satunya keperluan untuk dibawa bersama ke hospital.

Barang persediaan sebelum bersalin di hospital
Barang persediaan sebelum bersalin di hospital


Melalui pengalaman nor sendiri, ada beberapa barangan yang perlu dibawa ke hospital.

Keperluan ni disimpan di dalam satu beg, bila dah ada tanda-tanda nak bersalin dan nak ke hospital hanya ambil beg ni.  Tak perlu ambil masa untuk mengemas. Di sini nor senaraikan 10 barangan yang perlu dibawa ke hospital :)

Keperluan yang diperlukan (dengan beranggapan si ibu berada 1-3 hari sahaja di hospital) :


Untuk ibu :

1. Barang kebersihan diri seperti tuala, berus gigi - untuk mandi
2. Seluar dalam dipakai selepas bersalin
3. Baju  dipakai selepas bersalin
4. Handphone
5. Buku Kesihatan Ibu Mengandung


Makanan - pihak hospital akan sediakan (tapi biasanya ada gak bawa bekal sedikit dari rumah)

Pakaian - pihak hospital akan sediakan, semua ditanggalkan kecuali pakaian hospital sahaja ada kat badan.


Untuk bayi :

1. Pampers saiz newborn
2. Tisu basah (baby wipers)
3. Tuala untuk balut badan bayi
4. Baju bayi lengan panjang/pendek (sepasang)
5. Sarung tangan dan kaki bayi


Secara asasnya itu sahajalah yang dibawa ke hospital.  Bawalah ikut keperluan.  Jika rumah berdekatan dengan hospital dan mudah untuk ahli keluarga berulang-alik,  bawa 10 item di atas pun dah cukup. Jika keadaan menyebabkan si ibu atau bayi perlu berada lebih lama,  barangan tambahan boleh dibawa kemudian.

Teknik hypnobirthing untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin

$
0
0
Salam, hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin.   Teknik hypnobirthing macam kita bercakap kepada diri sendiri. 

Teknik hypnobirthing untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin
Teknik hypnobirthing untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin



Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :).  Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :


1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.


2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.


3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.


4. Kemudian berbaring dengan santai.


5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.


6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.


7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.


8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.


9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.


10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.


11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'


12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal.


Semoga dengan mengamal teknik ini dapat mengurang rasa sakit semasa bersalin.


Wassalam.



Sumber : 1. http://www.bidankita.com http://princeskalem.blogspot.com/2012/01/prosedur-klinik-hypnobirthing.html

10 cara mengurangkan batuk semasa mengandung

$
0
0
Salam, batuk semasa hamil memang terasa amat kurang selesa. Kadang-kadang menyebabkan tidur dan aktiviti harian terganggu.
Cara mengurangkan batuk semasa mengandung
Cara mengurangkan batuk semasa mengandung


Lain orang lain caranya, bagi nor ada beberapa cara untuk mengurangkan batuk.  Di sini nor kongsikan 10 cara mengurangkan batuk semasa mengandung :)

1. Minum 1 sudu madu yang ditambah dgn asam limau nipis pagi dan petang.

2. Minum segelas air oren (yang diperah dari buah oren) sahaja atau dicampur dengan 2 sudu madu

3.  Banyakkan minum air
4. Minum teh limau atau air limas kasturi.

5. Kurangkan makanan berminyak.

6.  Makan ikan bakar :)

7. Berkumur dengan air garam - segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam

8. Sapu minyak panas seperti vicks di bahagian dada.

9. Mandi air panas (suam-suam).

10. Banyakkan rehat.  Tidur awal dari masa biasa kerana semasa batuk tidur akan sering terganggu.

Viewing all 550 articles
Browse latest View live